Khamis, 10 Februari 2011

Presiden Persatuan Karyawan Waris Sabah
Encik Kinatu @ Edwin Kinatu Bin Anggidau


Persatuan Karyawan Waris Sabah (PKWS) didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada 8 Jun 2007 dengan matlamat membangun dan memajukan industri perfileman di Sabah dengan cogan kata 'Hidupkan Filem Wajah Kita'.

Begitulah yang dimaklumkan oleh Presiden PKWS, Encik Kinatu @ Edwin Kinatu Bin Anggidau dalam satu wawancara eksklusif dengan penulis blog pada 10 Februari 2011. 

Dari segi pengalaman peribadi pula, Encik Kinatu mulai menceburkan diri dalam bidang seni dengan penerbitan album kompilasi Ralan Panahon Ku pada tahun 2006. Pada tahun yang sama, beliau terlibat sebagai pelakon dalam telemovie Pendatang Asing Tanpa Izin, Sabah Menjerit dan Sabah Terpinggir.

Pencapaian beliau yang membanggakan adalah ketika filem pendek   Mimpi 3 Kali arahan beliau sendiri tersenarai dalam 10 filem ke peringkat akhir dalam Short Film Awards anjuran Astro Kirana pada tahun 2007. Walaupun tidak menjuarai sebarang hadiah, semangat beliau dalam seni filem terus membara. Ini dibuktikan terbitnya telemovie bertajuk 2 X 5 yang diarahkan beliau sendiri di bawah naungan PKWS.

Telemovie terbaharu arahan Encik Kinatu yang juga lahir melalui PKWS ialah Mutiara Yang Hilang. Kini produk tersebut sudahpun berada dalam pasaran tempatan.

Penulis berpendapat, sifat peramah dan suka berkongsi ilmu menjadi kekuatan peribadi Encik Kinatu. Namun menurut beliau, walaupun sentiasa tersenyum, beliau sangat tegas dan berpegang kuat kepada disiplin diri kerana kejayaan seseorang adalah berasaskan kepada dua prinsip tersebut.-SS.

Filem Pendek Mimpi 3 Kali arahan Encik Kinatu
tersenarai 10 filem ke peringkat akhir dalam Short Film Awards 2007.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan