Sabtu, 26 Mac 2011

PUAKA BAKAL MENYERANG SABAH!
In-Lay DVD Puaka Korban Mojoko
Filem seram kekal menjadi daya tarikan yang berkesan dan sentiasa mendapat tempat di hati masyarakat dalam negara kita. Di antara filem seram yang sudah masuk ke pawagam termasuklah Khurafat, Hantu Kak Limah Balik Rumah dan Sini Ada Hantu. Hasil kutipan daripada filem-filem dalam genre ini amat menggalakkan.

Babak Mojoko melakukan upacara memanggil puaka! 
Penerbit telefilem tempatan tidak mau ketinggalan! PUAKA KORBAN MOJOKO bakal 'menghantui' peminat industri telefilem di Sabah. Cereka yang dikategorikan  PG13 ini mengisahkan sekeluarga yang terdiri daripada Jamal, Lina dan anak mereka, Oboi dan Bebe diganggu oleh puaka ketika bermalam di banglo yang mereka ingin beli.  Mereka ditawarkan untuk tinggal beberapa malam di banglo tersebut oleh wakil syarikat perumahan walaupun tahu bahawa banglo tersebut sering diganggu oleh sejenis puaka.

Puaka yang menghantui keluarga Jamal.
Telefilem ini telah selesai penggambarannya pada bulan Disember 2010 lagi. Kawasan yang terlibat dengan aktiviti penggambaran ini termasuklah kawasan perumahan Taman Lavender, Lintas Luyang, air terjun Kionsom Inanam dan Kampung Sawah, Tuaran.

Jamal berguru ilmu silat dengan bapanya.
Kerja-kerja suntingan telefilem ini telah selesai pada 8 Mac 2011.  Yang menariknya mengenai telefilem ini, elemen animasi (grafik) dan muzik latar dimasukkan sejajar dengan perkembangan teknologi dalam penyuntingan filem.

Lina dalam satu babak cemas. 
Telefilem PUAKA KORBAN MOJOKO merupakan telefilem kedua diterbitkan oleh LEGENDARY MUSIC PRODUCTION & PUBLISHING SDN BHD selepas 'C3 Jaguan'.  Skrip ditulis oleh Pengarah Syarikat yang juga Pengarah telefilem ini iaitu Dr. Ab Rasit Ibrahim (Doktor Veteriner) dengan dibantu oleh Pengarah Urusan Syarikat iaitu, Dzulhaidy Jaffar.

Jamal bertarung di alam ghaib bagi menyelamatkan anaknya yang diculik puaka.
Pelakon yang terlibat menjayakan telefilem ini termasuklah Ab Jamal Ibrahim, Rinah Talip, Dayangku Iffah Nur Atiqah Ab Jamal, Mohd. Nazrie Azlan, Awang Zafrin Jaafar, Ramlan Jaafar, Dr. Ab Rasit Ibrahim, Azlan Muit, Simah Samin, Adzlan Jaafar, Asmie Amin, Dayang Amidah Amin dan Dzulhaidy Jaffar.

Anak Jamal ditangkap oleh sekutu 'puaka'.
  
Salah satu kesan animasi (grafik) yang dimuatkan dalam babak pertarungan menentang kejahatan.
Telefilem PUAKA KORBAN MOJOKO dalam bentuk DVD dijangka dilancarkan pada bulan April 2011.  Sokongan semua pihak dalam memajukan industri telefilem negeri Sabah amat dialu-alukan.  Semoga telefilem ini turut mencabar penerbit-penerbit filem di Sabah untuk menghasilkan cereka seram bagi menceriakan industri telefilem tempatan!

SOKONG TELEFILEM SERAM! - SS                                            

8 ulasan:

  1. Filem menarik, tapi jangan-jangan tak ada lesen, pandai-pandai tayang. Bikin susah orang saja.Maluk saja ni kalau kedapatan

    BalasPadam
  2. Dimaklumkan bahawa Telefilem PUAKA KORBAN MOJOKO Terbitan LEGENDARY MUSIC PRODUCTION & PUBLISHING SDN.BHD.(842643-P). Adalah syarikat bumiputera Sabah yang mempunyi lesen penerbitan filem daripada PERBADANAN FILEM NASIONAL MALAYSIA {FINAS} (PF-14/00050), ORDINAN PERLESENAN PERDAGANGAN, 1948 (DBKK-252224) dan PERBENDAHARAAN MALAYSIA SABAH (PMS-220701 PENGELUARAN FILEM-FILEM). Dengan dua orang BOARD OF DIRECTOR yang mempunyi SIJIL KEMAHIRAN daripada PERBADANAN FILEM NASIONAL MALAYSIA {FINAS} seperti PENULISAN SKRIP, PENGARAHAN, JURUKAMERA HD, PENERBITAN VIDEO dan PENYUNTINGAN NARATIF.

    Sekian, terima kasih.
    DBJ.

    BalasPadam
  3. jangan selalu buruk sangka dengan produksi tempatan kita....sepatutnya selidik dahulu sebelum mengemukakan sesuatu....jgn ada perasaan dengki....kita sokong la industri kita sendiri...


    By : Wahidasr.com.....

    BalasPadam
  4. Woi jangan panda-pandai bikin cerita ya. Ini Syarikat ada lesen tau. Kamu ini dangki Saja. Bagi chan bah, ini bumiputra punya . Belum apa-apa udah kutuk. Hairan saya.

    BalasPadam
  5. Membuat tuduhan tanpa bukti samalah seperti duduk di warung sambil menikmati secawan kopi yang barangkali dinikmati dengan sekeping roti kaya.. Mereka yang menuduh itu duduk membuat cerita, tuduhan dan lawak yang sia-sia.. mereka duduk memperkata usaha pihak lain sedangkan mereka sendiri duduk berdekah-dekah membuang masa.. mereka ini spesis manusia warung kopi roti kaya.. busuk hati, cakap beriya-iya...

    Kepada pihak Legendary Music, teruskan usaha anda memartabatkan industri filem Sabah!

    BalasPadam
  6. pa ni bro nak komen yg bukan2 plak, klu brani bkin la 1 telefilm yg lgi hebat dari kami LEGENDARY, baru la PRO.

    BalasPadam
  7. wakakakakaak...dengki ka bro dengan LEGENDARY...nak cakap sembarangan..
    " AKU CABAR KAU BUAT SATU TELEFILM"
    KALAU SETAKAT CAKAP YANG BUKAN2 AKU PUN BOLEH....

    BalasPadam
  8. Boleh tahan juga anak tempatan kita memang ada bakat buat filem. Kita orang Sabah patut bangga dan sokong usaha anak tempatan kita sendiri kalau tidak siapa lagi.

    BalasPadam