Ahad, 6 Mac 2011

ULU KUKUT 
(MOVIE 2011)


Sinopsis
  
Menceritakan tentang lima sahabat yang ingin menghadiri majlis, dianjurkan oleh rakan karib mereka Johan, yang baru balik bercuti dari Amerika Syarikat. Majlis tersebut diadakan di sebuah banglow sewaan khas beliau, semata-mata untuk majlis tersebut yang terletak di kawasan terpencil diantara daerah Kota Marudu dan            Kota Belud, SABAH.

Kegembiraan tidak terhingga antara mereka selepas mengetahui tentang berita bahawa rakan karib mereka itu akan balik apatah lagi menganjurkan ‘party’ meraikan percutian balik beliau.

Berkawan sejak di bangku sekolah lagi hinggalah ke universiti membuatkan perasaan mereka lebih gembira, 
tambahan pula mereka semua sudah hampir 5 tahun tidak berjumpa antara satu sama lain.

Kegembiraan bertukar panik selepas mereka mengetahui mereka sudah sesat dan mula didatangi makhluk yang tidak diingini. Apak
ah kesudahan dan cerita di sebalik kisah ini?

Saksikan dan alamilah bersama-sama ; Adam, Atika , Robert, Zul dan Audri di dalam filem “ULU KUKUT”……





Producer/Director/Story by 

Richado Tawith



Tekad menjadi antara penonton pertama filem ini! - SS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan