Khamis, 5 Mei 2011

SENTUHAN AJAIB
MTV KARAOKE TRIO: URANG BILANG
PASTI BERLAKU!

Album yang ditunggu-tunggu kelahirannya!
Bulan Mei setiap tahun bolehlah dianggap sebagai bulan 'rezeki' kepada pemain industri muzik di Negeri Sabah. Ini disebabkan kecenderungan penerbit tempatan mengeluarkan produk mereka dalam bentuk MTV Karaoke sempena sambutan Pesta Kaamatan yang disambut setiap 30 dan 31 Mei. Bagi urang Sabah yang bekerja Isnin ke Jumaat, mereka akan menikmati 4 hari cuti bermula Sabtu hingga Selasa. Aramai ti!

LRX PRODUCTION yang sebelum ini menerbitkan LRX KOMIDI dan MTV KARAOKE E ELMAR yang cukup popular dengan lagu 'Main Tapuk-Tapuk', kini kembali dengan album yang terus dijangka meletup iaitu MTV KARAOKE T.R.I.O.: URANG BILANG!

T.R.I.O. yang merupakan akronim bagi Tobpinai Rongoho Iti Osonong dibarisi oleh empat orang artis yang ternyata berbakat iaitu Joy K, Freddy K, Florieand K dan Fred K. Mereka ini mempunyai pertalian saudara, membuatkan mengapa album ini begitu unik sekali untuk dimiliki.

CEO LRX PRODUCTION, Lexband (topi dengan misai) bersama Ketua Kumpulan T.R.I.O., Joy K.

Antara lagu yang termuat dalam album ini termasuklah; Koupusan, TRIO, Tambalut Kalangadan, Sumandak Kadai Bunga, Tambalut, Tumpung Tambunan, Piginawaan, Aiso Mamarati, Koposian, Siou Dika Sawoku, Urang Bilang dan Boros Tulun.

Menurut Joy K, semua lagu mempunyai kekuatannya sendiri tetapi lagu URANG BILANG yang menjadi tajuk album MTV Karaoke sulung T.R.I.O. dijangka meletup! Difahamkan lagu URANG BILANG telah menduduki tangga ke-dua selama 4 minggu berturut-turut dalam Carta Sabah FM!

Selaku Penerbit album, Lexband mengharapkan peminat industri lagu tempatan tidak melepaskan peluang untuk memiliki album T.R.I.O. : URANG BILANG sebagai tanda sokongan terhadap industri muzik Sabah. 

MTV Karaoke T.R.I.O.: URANG BILANG dijangka berada dalam pasaran dalam bulan Mei ini. 

 Video promo album T.R.I.O.: Urang Bilang terbitan LRX Production.

Tersenyum sendiri menonton video klip Urang Bilang- SS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan