Ahad, 20 Januari 2013

LAGU 'Ini Kali Lah' 
TIADA KAITAN POLITIK
   
John Samud dengan Perakuan B albumnya.

Satu wawancara singkat dengan penyanyi veteran Sabah yang berasal dari Kota Belud ini telah berjaya mendapatkan pandangan beliau terhadap lagunya 'Ini Kali Lah' yang terheret dalam senario politik tanpa sebarang persetujuan ataupun perbincangan.

John Samud tidak menduga lagu 'Ini Kali Lah' (IKL) akan mengisi slot dalam mana-mana aktiviti  parti politik kerana mesej asal lagu tersebut adalah menyindir (secara gurauan) rakan-rakan yang banyak bercakap tapi tidak berusaha untuk bekerja. Dengan tegas beliau menyatakan bahawa tidak ada kerjasama dengan mana-mana parti politik berhubung karya seninya.



Video penjelasan John Samud mengenai lagunya "Ini Kali Lah'.

Bercakap mengenai 'purujik' 2013, John Samud akan menghiburkan peminatnya melalui telefilem berjudul 'Numbur Bah!' yang dijangka diterbitkan pada awal tahun ini. Genre komedi terus menjadi pilihan bagi seni lakonnya. John Samud berharap peminat akan terus memberi sokongan terhadapnya dengan membeli produk yang tulin dan yang mempunyai Perakuan B (Penapisan Filem).

SS mengucapkan terima kasih di atas sumbangan John Samud terhadap 
industri muzik dan filem tempatan Sabah. 

1 ulasan:

  1. Jangan kau takut ka digaman...
    Seni tetap seni.

    BalasPadam