Khamis, 16 Julai 2015

Tiba Syawal kita rayakan.....

 
Berlalulah sudah Ramadan sebulan berpuasa..
Tiba Syawal kita rayakan dengan rasa gembira..
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa..
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira..
 
 
Minta Kuih-Muih....
 
 
 

Sabtu, 4 April 2015

AKAR RIMBA

FENOMENA BAND-BOY DARI KUDAT



Remaja dan dunia hiburan tidak dapat dipisahkan kerana kini muzik adalah satu elemen yang dapat membentuk jatidiri individu remaja itu sendiri.  Tidak kurang pula remaja yang menjadi begitu akrab dengan industri muzik sehingga mereka memasuki dunia seni tersebut dan berusaha tanpa menghirau peluh yang mengalir.  Akhir-akhir ilmu muzik yang dikuasai itu diterjemah menjadi persembahan seni yang menghiburkan masyarakat.

Akar Rimba merupakan sebuah band yang lahir di daerah Kudat. Band Boy yang terdiri daripada empat orang anak remaja dalam lingkungan usia 13 tahun ini mempunyai aura tersendiri apabila beraksi di atas pentas. Jarang persembahan mereka terlepas dari tumpuan mata orang ramai kerana kelincahan mereka mempersembahkan muzik mampu mencetuskan pukau seni.    
 
Menurut pengurus Akar Rimba, Sh Kassim Sh Indun, Akar Rimba ditubuhkan dalam tahun 2013 dan aktif membuat persembahan di sekitar Negeri Sabah. Kenyataan ini mungkin bersifat 'biasa-biasa aja' tetapi berdasarkan update dalam Facebook Akar Rimba, didapati aktiviti pergerakan dan persembahan mereka bersifat 8.9 skala rektar!  Runtuh bangunan oleh gegarannya....!

 

KIKIE, DRUM - Shariki Sahadan, Bajau


MIMIE, GITAR 1 - Rayme Jomini, Rungus

 
BOBOI, GITAR 2 / VOKAL 2 - RICHE MANUEL, Rungus
 

DIDIE, BASS / VOKAL 1 - E.D. Sazri Aman, Penan

Sabahstarz berpendapat penampilan kemas dan imej 'smart' Akar Rimba turut menjadi faktor mengapa Akar Rimba sering menerima jemputan untuk membuat persembahan.  Imej sememangnya penting bagi artis tidak kira kumpulan band ataupun penyanyi solo..  Sedih memikirkan masih ada artis berpakaian selekeh, ala kadar atau tidak sesuai dengan majlis ketika membuat persembahan.. seolah-olah kurang menghormati penganjur ataupun memang sengaja tidak mau dihormati.  Setinggi-tinggi tahniah kepada Akar Rimba atas imej mereka!





 



Harus kita percaya, bahawa pengurusan profensional dan cemerlang adalah suatu senario yang pasti di sebalik kejayaan Akar Rimba. Disebabkan elemen itulah Akar Rimba terus garang memperkasa identitinya dalam persembahan muzik Sabah.  Dalam update blog kali ini, Sabahstarz memberi tabik hormat dan ucapan terima kasih kepada satu nama iaitu Sh Kassim Sh Indun.
 
Difahamkan Akar Rimba sedang mengusahakan single dan kalau rezekinya lagi luas... menerbitkan album sulung mereka dalam tahun 2015.  Dengan kehadiran peminat tegar di seluruh Sabah, tidak mustahil Akar Rimba akan memperoleh sorakan sokongan bagi kemungkinan tersebut.


KIKIE, DIDIE, BOBOI and MIMIE merupakan pelajar biasa yang mengenakan seragam sekolah pada waktunya.  Menimba ilmu, menghormati guru dan berjenaka dengan rakan-rakan sebaya. Namun apabila berada di pentas, mereka bertukar menjadi laskar muzik yang mampu membuat ratusan malah ribuan penonton terpukau dengan alunan muzik mereka... sama ada muzik bernada keras ataupun alunan santai. Akar Rimba merupakan contoh kejayaan gandingan remaja dan muzik.. dan Sabah sewajarnya bersyukur di atas kehadiran Akar Rimba, pelapis industri muzik tempatan. Mudah-mudahan Akar Rimba merenjis aura kejayaan kepada remaja tempatan untuk maju dalam bidang masing-masing! Bah, kupi-kupi dulu!


 
Medley santai Akar Rimba 14 Mac 2015, Putatan.
 


Persembahan Malam BMF 28 Mac 2015, Star City

 

SS - Minat video klip BINTANG HATIKU versi Akar Rimba! 











Jumaat, 6 Februari 2015

Isnin, 7 April 2014

SNEEK PEEK
 
"THE MAKING OF HOME OF HOPE 2"
 
 
 
Lebih ramai wawancara pelakon dalam
FULL-VERSION
"THE MAKING OF HOME OF HOPE 2"
 
SS- Hopefully...
 

Isnin, 31 Mac 2014

HEBAHAN AWAL

HOME OF HOPE 2

 
 
SS - Waaah!
 

 



Sabtu, 22 Mac 2014

  SKY LASER ENTERPRISE SDN. BHD. 
SYARIKAT GERGASI PENERBITAN
ALBUM MTV KARAOKE SABAH

Bibi dan Nadia bersama album karaoke terbitan Sky Laser Enterprise Sdn. Bhd.
 

SKy Laser Enterprise Sdn. Bhd. tampil lagi dengan album MTV Karaoke terbaharu mereka iaitu MTV Karaoke Sinding Gulu-Gulu Vol.5 dan MTV Karaoke Kiwa 2-in-1 Vol.1.
 
Syarikat penerbitan dan pengedaran ini sememangnya telah lama berdiri kukuh dalam industri album tempatan Sabah. Tidak keterlaluan juga dikatakan bahawa syarikat ini MENJUARAI  penerbitan album-album tempatan Sabah sehingga pernah diberikan anugerah selaku syarikat paling banyak memohon Perakuan B Penapisan Filem Kementerian Dalam Negeri.

Salah satu intipati kejayaan syarikat ini ialah mematuhi peraturan dan undang-undang mengenai penerbitan dan pengedaran filem. Setiap album karaoke yang diterbitkan oleh syarikat ini akan ditapis bagi memperolehi Perakuan A dan seterusnya Perakuan B yang diwajibkan ada pada setiap DVD yang dipasarkan.
 
Perakuan B dan album MTV karaoke saling memerlukan.

 Menurut Nadia, Sky Laser Enterprise Sdn. Bhd. akan membuka gerai menjual album-album tempatan sempena Regatta Lepa aka Pesta Lepa-Lepa yang akan diraikan pada 25 - 27 April 2014 di daerah Semporna. Banyak album MTV Karaoke di dalam bahasa Bajau akan diedarkan sepanjang fiesta tersebut.  Para peminat lagu-lagu Bajau dipelawa 'menyerbu' gerai Sky Laser Enterprise sebelum album-album terbaharu mereka kehabisan stok!
 
 
In-Lay album juga punyai kod bahan publisiti filem KDN
 
SS - mulai minat lagu Bajau.
 
 

Selasa, 11 Mac 2014

PROMO DVD
   HOME of HOPE E
New Breed Production
Directed by Marc Abas
 
 
 
 
New Breed Production will start shooting
Home of Hope 2
this month (March 2014).
 
 
SS- Niceee...!