Selasa, 15 Januari 2013

SiMPIX PRoDUCTION & BENN's STuDIO
bangga memperjuangkan
seni muzik dan telefilem Sabah.

Simon Bukag (kiri) dan anaknya Benn Bukag.
Inilah posing spontan dua beranak yang giat aktif dalam seni muzik dan telefilem tempatan Sabah.
Simon Bukag pemilik SIMPIX PRODUCTION dan Benn Simon yang menubuhkan BENN'S STUDIO masing-masing telah memohon Perakuan B (Penapisan Filem) 2D Barkod yang baharu!

Kedua-duanya berpuas hati menerima Perakuan B baharu yang dicetak oleh
Bahagian Kawalan Penapisan Filem & Penguatkuasaan, Kementerian Dalam Negeri.

Menurut mereka, rekabentuk Perakuan B baharu ini mirip perhiasan dan lebih menarik
 berbanding Perakuan B berbentuk bulat sebelum ini.

Namun apa yang lebih afdal, kedua-dua penerbit syarikat ini mempunyai kesedaran pentingnya memohon Perakuan B (Penapisan Filem) sebagai salah satu proses memperjuangkan industri perfileman di Sabah.

SS berbangga di atas kepatuhan ke atas peraturan yang ditunjukkan kedua-dua anak beranak ini. 
Semoga lebih ramai penerbit syarikat akan mengikut jejak langkah mereka. 


Album terkini daripada SiMPIX PRODUCTION.

2 ulasan:

  1. naaa bila la plk saya dapat ni sijil B...yg baharu ni tuan...kesiaan tiada yg mau di tapis ba...hahah sabar ahh...thania tuan simon dan tuan benns..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bersabar TUAN TANPA NAMA.. Rezeki tuan akan menyusul juga nanti...

      Padam