Ahad, 2 Mac 2014

Cerita Tentang Home of Hope

 
TELEMOVIE DVD
'HOME of HOPE'
LARIS DI PASARAN!
 
k 
 
New Breed Production telah membuka langkah besar pada awal 2014 dengan produk kelahiran pertama mereka, sebuah cereka berjudul 'Home of Hope'.    Cereka arahan dan lakonan 
Marc Abas ini telah mendapat klasifikasi P13 oleh Lembaga Penapis Filem Malaysia.  
 
Ini merupakan filem pertama arahan Marc Abas setelah 6 tahun menceburi bidang seni lakonan tempatan di Sabah. Antara filem/telemovie yang telah memperlihatkan bakat Marc Abas termasuklah Orang Bilang Ah Chong, Can't Stop The Sumazau, Cinta Yang Tertinggal, Ratu Unduk Ngadau, Kobilangan, Jimmy Sompoton selain menyumbang suaranya untuk sebuah filem animasi terbitan Kolej Yayasan Sabah.
 
Bercerita tentang Home of Hope, idea untuk filem ini bermula dari pengalaman sendiri serta pengamatan terhadap masalah dan kemelut yang dialami oleh para remaja. Beliau merasakan keperitan dan rasa tersisih yang menyelubungi jiwa seseorang remaja akibat kesalahan lampau tidak harus menjadi hukuman seumur hidup. Diberi peluang kedua bagi menebus kesilapan diri merupakan mesej utama yang cuba disampaikan oleh Marc.
 
Marc Abas

Alexander Ahad, salah seorang editor Home of Hope 
Krew & pelakon Home of Hope
 
Marc menyatakan rasa bertuah dan berterima kasih kepada semua krew dan pelakon yang terlibat melahirkan telemovie ini. Walaupun kebanyakan pelakon beraksi buat kali pertama, namun bakat yang dipamerkan cukup meyakinkan dan berkesan. Antara beberapa pelakon yang bersama-sama menaikkan telemovie Home of Hope ini ialah Mark Marciano, Jepp Lawrence (kau ni bikin panas ba!) Slevin Chong, Mary Marcelle dan Queenera Kitingan yang turut memperdengarkan lagunya penuh sayu berjudul Piginavaan Titaak Manta.

Penampilan khas oleh Alexander Ahad, yang belum sempat nampak dia beraksi tiba-tiba keluar scene seperti yang terpapar di bawah ini..
 
Alalala.. To Be Continue..
 Apapun ceritanya, Sabahstarz dimaklumkan bahawa penjualan DVD Home of Hope begitu memberangsangkan. Tahniah diucapkan... jadinya capat-capat la shoot Home of Hope 2..
Menurut Marc, kalau tiada aral melintang, proses pembikinan bagi sambungan cereka ini akan bermula Mac 2013.. Ya.. bulan ni la..
 
So ending posting Sabahstarz kali ini ada video dengan slogan:
'Kaunseling Kaw-Kaw!'
 
 
 
Sabahstarz macam mau menumbuk cili padi lepas tengok DVD ni..


















 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan