Sabtu, 8 Mac 2014

   cerita  MH370 0

 
FB linked
 
Hari ni 8 Mac 2014, negara dikejutkan dengan kehilangan sebuah kapal B777-200
milik MAS MH370 yang bertolak dari Kuala Lumpur pada 12:41am.
MH370 yang membawa bersama 239 penumpang dan krew sedang dalam
perjalanan ke Beijing ketika hilang daripada radar menara kawalan Subang pada 2:40am.
Lokasi kehilangan adalah di sekitar ruang udara Malaysia-Vietnam.

Catatan ini ditulis pada pukul 8:03pm namun seluruh rakyat malah dunia masih sabar menanti sebarang berita daripada usaha S&R daripada pelbagai negara.

sabahstarz berkongsi kesedihan di atas insiden malang ini.
Sesungguhnya ini adalah satu detik-detik cemas yang akan terpahat dalam industri penerbangan negara.  Walau apapun yang terjadi, sabahstarz mendoakan kekuatan serta ketabahan kepada keluarga penumpang MH370 dari berasal dari 14 buah negara.

Sesetengah daripada kita yang menanti perkembangan berita insiden ini juga mendoakan untuk kekuatan diri sendiri..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan