SKY LASER ENTERPRISE SDN. BHD.
SYARIKAT GERGASI PENERBITAN
ALBUM MTV KARAOKE SABAH
SKy Laser Enterprise Sdn. Bhd. tampil lagi dengan album MTV Karaoke terbaharu mereka iaitu MTV Karaoke Sinding Gulu-Gulu Vol.5 dan MTV Karaoke Kiwa 2-in-1 Vol.1.
Syarikat penerbitan dan pengedaran ini sememangnya telah lama berdiri kukuh dalam industri album tempatan Sabah. Tidak keterlaluan juga dikatakan bahawa syarikat ini MENJUARAI penerbitan album-album tempatan Sabah sehingga pernah diberikan anugerah selaku syarikat paling banyak memohon Perakuan B Penapisan Filem Kementerian Dalam Negeri.
Salah satu intipati kejayaan syarikat ini ialah mematuhi peraturan dan undang-undang mengenai penerbitan dan pengedaran filem. Setiap album karaoke yang diterbitkan oleh syarikat ini akan ditapis bagi memperolehi Perakuan A dan seterusnya Perakuan B yang diwajibkan ada pada setiap DVD yang dipasarkan.

Perakuan B dan album MTV karaoke saling memerlukan. |
Menurut Nadia, Sky Laser Enterprise Sdn. Bhd. akan membuka gerai menjual album-album tempatan sempena Regatta Lepa aka Pesta Lepa-Lepa yang akan diraikan pada 25 - 27 April 2014 di daerah Semporna. Banyak album MTV Karaoke di dalam bahasa Bajau akan diedarkan sepanjang fiesta tersebut. Para peminat lagu-lagu Bajau dipelawa 'menyerbu' gerai Sky Laser Enterprise sebelum album-album terbaharu mereka kehabisan stok!
In-Lay album juga punyai kod bahan publisiti filem KDN |
SS - mulai minat lagu Bajau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan