Sabtu, 4 April 2015

AKAR RIMBA

FENOMENA BAND-BOY DARI KUDAT



Remaja dan dunia hiburan tidak dapat dipisahkan kerana kini muzik adalah satu elemen yang dapat membentuk jatidiri individu remaja itu sendiri.  Tidak kurang pula remaja yang menjadi begitu akrab dengan industri muzik sehingga mereka memasuki dunia seni tersebut dan berusaha tanpa menghirau peluh yang mengalir.  Akhir-akhir ilmu muzik yang dikuasai itu diterjemah menjadi persembahan seni yang menghiburkan masyarakat.

Akar Rimba merupakan sebuah band yang lahir di daerah Kudat. Band Boy yang terdiri daripada empat orang anak remaja dalam lingkungan usia 13 tahun ini mempunyai aura tersendiri apabila beraksi di atas pentas. Jarang persembahan mereka terlepas dari tumpuan mata orang ramai kerana kelincahan mereka mempersembahkan muzik mampu mencetuskan pukau seni.    
 
Menurut pengurus Akar Rimba, Sh Kassim Sh Indun, Akar Rimba ditubuhkan dalam tahun 2013 dan aktif membuat persembahan di sekitar Negeri Sabah. Kenyataan ini mungkin bersifat 'biasa-biasa aja' tetapi berdasarkan update dalam Facebook Akar Rimba, didapati aktiviti pergerakan dan persembahan mereka bersifat 8.9 skala rektar!  Runtuh bangunan oleh gegarannya....!

 

KIKIE, DRUM - Shariki Sahadan, Bajau


MIMIE, GITAR 1 - Rayme Jomini, Rungus

 
BOBOI, GITAR 2 / VOKAL 2 - RICHE MANUEL, Rungus
 

DIDIE, BASS / VOKAL 1 - E.D. Sazri Aman, Penan

Sabahstarz berpendapat penampilan kemas dan imej 'smart' Akar Rimba turut menjadi faktor mengapa Akar Rimba sering menerima jemputan untuk membuat persembahan.  Imej sememangnya penting bagi artis tidak kira kumpulan band ataupun penyanyi solo..  Sedih memikirkan masih ada artis berpakaian selekeh, ala kadar atau tidak sesuai dengan majlis ketika membuat persembahan.. seolah-olah kurang menghormati penganjur ataupun memang sengaja tidak mau dihormati.  Setinggi-tinggi tahniah kepada Akar Rimba atas imej mereka!





 



Harus kita percaya, bahawa pengurusan profensional dan cemerlang adalah suatu senario yang pasti di sebalik kejayaan Akar Rimba. Disebabkan elemen itulah Akar Rimba terus garang memperkasa identitinya dalam persembahan muzik Sabah.  Dalam update blog kali ini, Sabahstarz memberi tabik hormat dan ucapan terima kasih kepada satu nama iaitu Sh Kassim Sh Indun.
 
Difahamkan Akar Rimba sedang mengusahakan single dan kalau rezekinya lagi luas... menerbitkan album sulung mereka dalam tahun 2015.  Dengan kehadiran peminat tegar di seluruh Sabah, tidak mustahil Akar Rimba akan memperoleh sorakan sokongan bagi kemungkinan tersebut.


KIKIE, DIDIE, BOBOI and MIMIE merupakan pelajar biasa yang mengenakan seragam sekolah pada waktunya.  Menimba ilmu, menghormati guru dan berjenaka dengan rakan-rakan sebaya. Namun apabila berada di pentas, mereka bertukar menjadi laskar muzik yang mampu membuat ratusan malah ribuan penonton terpukau dengan alunan muzik mereka... sama ada muzik bernada keras ataupun alunan santai. Akar Rimba merupakan contoh kejayaan gandingan remaja dan muzik.. dan Sabah sewajarnya bersyukur di atas kehadiran Akar Rimba, pelapis industri muzik tempatan. Mudah-mudahan Akar Rimba merenjis aura kejayaan kepada remaja tempatan untuk maju dalam bidang masing-masing! Bah, kupi-kupi dulu!


 
Medley santai Akar Rimba 14 Mac 2015, Putatan.
 


Persembahan Malam BMF 28 Mac 2015, Star City

 

SS - Minat video klip BINTANG HATIKU versi Akar Rimba! 











Tiada ulasan:

Catat Ulasan