Selasa, 15 Februari 2011

Jimmy Palikat TANAK KAMPUNG!

Jimmy Palikat
dengan MTV Karaoke Tanak Kampung Vol. 3

Tidak keterlaluan sekiranya dikatakan Jimmy Palikat adalah artis tempatan yang paling hangat buat masa ini. Beliau yang tampil dengan MTV Karaoke Tanak Kampung Vol. 3 tidak menafikan bahawa album itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan di kalangan peminatnya.

"Sudah menjadi impian setiap penyanyi tampil dengan lagu-lagu yang boleh mendekati hati peminat. Lagu Tanak Kampung yang pada asalnya dalam bahasa dusun kini telah wujud dalam versi bahasa melayu (Sabah). Ini adalah 'hadiah' kepada peminat industri lagu tempatan Sabah, khususnya." katanya dalam satu wawancara oleh sabahstarz pada 14 Februari 2011.

Jimmy Palikat juga berharap peminat tempatan terus menyokong artis-artis dari Sabah dengan membeli MTV Karaoke yang tulen. 

Di antara lagu yang termuat dalam MTV Karaoke Tanakl Kampung Vol.3 termasuklah Ika Sawo Ku, Koinsan Nogi, Koti Koti, Langadon Nopo, Nokopitongkiad Nodi, Ompuno Oku, Raha Susumangod, Sumandak Dusun, Timpu Sumikul dan lagu terhangat Tanak Kampung dalam bahasa dusun dan bahasa melayu (Sabah).

MTV Karaoke TANAK KAMPUNG Vol.3
adalah terbitan D.A.S. New Life Production.

Semoga Jimmy Palikat terus maju! - SS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan