Rabu, 16 Februari 2011

Surat E Elmar kepada Peminat!

E Elmar
Penyanyi Main Tapuk-Tapuk

Hai..E Elmar ingin mengucapkan berbanyak terima kasih pada semua yang telah membeli album MTV Karaoke E Elmar : Siou Daddy, Siou Mummy.  Harapan E Elmar semoga semuanya terhibur dengan lagu-lagu yang E Elmar sajikan dalam album tersebut. Inilah buah tangan E Elmar yang pertama sebagai pendatang baru dalam gelanggang hiburan di Sabah ini. Semoga juga kehadiran E Elmar akan dapat di terima semua dan begitu juga dengan lagu-lagu E Elmar. Konsep album yang bercampur seperti rojak ini lah yang  E Elmar cuba ketengahkan khusus untuk di nikmati oleh semua golongan masyarakat di bawah bayu ini juga pendengar yang berada di luar Sabah.



E Elmar juga tidak lupa ingin mengucapkan berbanyak terima kasih pada saudara Lexband selaku big bos LRX Production yang banyak memberikan tunjuk ajar yang amat berguna dan membina semangat E Elmar untuk bangkit dari alpa putus asa.bukan sedikit tapi banyak kata semangat dari beliau yang menjadikan karya  E Elmar ini dapat di relisasikan jadi nyata.Begitu juga artis-artis yang bernaung dibawah LRX Production ini yang dapat menerima kehadiran E Elmar. Anda semua yang terbaik..


Terima kasih juga untuk sabahstarz.blogsport.com kerana memberi peluang untuk E Elmar menconteng laman blog beliau..(hahahhah). Banyak-banyak terima kasih kerana sentiasa memberi sokongan penuh pada semua pengiat seni Sabah khususnya, termasuk E Elmar juga sebagai pendatang baru di arena ini. Semoga semua ini akan berterusan dan akan dapat menambah semangat semua untuk terus berkarya. bagi menaikkan mutu industri hiburan di Sabah ini...Terima kasih...

Semoga E Elmar belanja saya makan KFC-SS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan