Jumaat, 27 Mei 2011

BILA FILEM TEMPATAN
TIDAK BERTAPIS...

Perlukah diketuk baru tersentak?

Perkembangan industri filem tempatan Sabah harus disokong dan dipuji. Bakat-bakat muda dalam seni pengarahan, seni penyuntingan, seni bunyi-bunyian termasuk original sound track (OST) mulai terserlah.

Namun trend di mana adanya filem/telefilem/MTV Karaoke tempatan yang dirasmikan/dilancarkan/ditayangkan sebelum memperolehi kelulusan Lembaga Penapis Filem Malaysia adalah sesuatu yang harus diambil serius. Mungkinkah proses penapisan ini terlalu mudah bagi sesebuah syarikat untuk terlepas pandang akibat kesibukan memproses filem itu sendiri atau Lembaga Penapis Filem yang banyak membantu syarikat kecil di Sabah dianggap satu proses yang kecil? Macam pelakon extra...

ATAU BARANGKALI harus tim penguatkuasa datang pada waktu pelancaran dan waktu penjualan filem/telefilem tempatan? 

Pihak penerbit, pengusaha dan pengedar filem yang menayangkan/mengedarkan/menjual produk yang tidak bertapis boleh dianggap membelot rakan-rakan seperjuangan mereka yang menghantar filem untuk menjalani proses tapisan. Adakah mereka yang mengikut proses undang-undang ini tidak sakit hatinya apabila tiada tindakan ke atas penerbit karya tempatan yang tidak bertapis?

Sekiranya barangkali proses penyampaian pihak berkuasa mengenai perlunya proses penapisan dijalankan ke atas semua filem sebelum ditayang, dijual, diedar kepada masyarakat tidak sampai kepada pihak berkaitan, mungkin ada perlunya pendekatan undang-undang yang lebih agresif diambil. 

Penerbit tempatan harus sebijak dalam mematuhi peraturan dalam negara seperti juga kemahiran mereka dalam bidang pembikinan filem.

Senario penguatkuasaan seringkali bergantung kepada keputusan penerbit/pengusaha/pengedar filem itu sendiri.

Fikir-fikirkan..

SS-Sendiri mau ingat..

5 ulasan:

  1. Kami yg menghantar telemovie untuk tapisan LPF di Sabah memang berasa tak adil kalau ada penerbit lain yg tak hantar filem mereka untuk ditapis.

    Sekian.

    BalasPadam
  2. Album karaoke syarikat kami semua bertapis dan ada sticker sijil b.

    BalasPadam
  3. Penapisan perlu untuk mengelak sebarang cerita/lakonan/skrip yang melebih..lebih..atau di luar batas etika filim kita.....alamak terlebih suda...thanks robert for posting this issue...

    BalasPadam
  4. Most welcome for your comment, Anonymous No.3!

    BalasPadam
  5. Proses akhir sesuatu produk harus melalui kelulusan pihak yang berwajib seperti finas dan sebagainya .Saya stuju kalau ada syarikat penerbitan yang tidak berpuas hati kalau sekiranya ada diantara penerbit tidak menghantar karya mereka untuk mendapatkan kelulusan... ini diibarkan seperti model kereta yang baru di cipta diperakui oleh puspakom hehehe... sorry to say lah... tapi kalau mahu sama sama membangunkan industri ini ... kena melalui tapisan yang sewajarnya... tapi pada masa yang sama kita harus ketahui juga sebab kenapa sebilangan penerbit tidak mahu hasil produksi mereka di tapis ...mesti ada sebab kenapa mereka tidak mahu untuk tujuan penapisan ini... apa pun untuk mendapatkan karya yang ada gred... ada up sikit... nampak profesionalisme dalam bidang ini .. kena patuhi garispanduan dan etika post produksi... mungkin pihak finas atau yang berwajib perlu adakan peraturan sebelum sesuatu produsi itu boleh ditayang atau di pasarkan... demi menjaga kualiti telemovie ,mtv... dan seterusnya memartabatkan industri ini kearah lebih profesionalime...

    BalasPadam