Penyanyi Remaja
R'n'R semakin popular!
R'n'R semakin popular!
Risot & Rayn |
Kemunculan penyanyi remaja R'n'R menceriakan lagi industri muzik Sabah. Mereka yang berasal dari Tambunan muncul buat kali pertama dengan lagu hit 'Jalan-Jalan' dan 'Jatuh Cinta'. Irama lagu yang 'catchy' dan dipersembahkan dengan spontan pasti mencuit emosi.
Kini sekali lagi R'n'R muncul di dalam album MTV Karaoke FTV Mega Collections Vol.4 terbitan FTV Productions Sdn. Bhd. dengan lagu berjudul 'Limpas Rumah Si Linda' dan 'Perokok Pasif'. Irama 'catchy' terus menjadi pertaruhan kepada lagu mereka dan sememangnya tidak mengecewakan para peminat. Keempat-empat lagu R'n'R dicipta oleh abang Rayn, Marcyllus Tabias.
R'n'R sentiasa mendapat sambutan hangat ketika beraksi di pentas |
R'n'R mempunyai aura persembahan tersendiri apabila sentiasa sahaja menerima tepukan dan sorakan penonton. Persembahan yang bersahaja dan bertenaga ditambah lagi dengan lagu yang sesuai pada peringkat umur mereka terbukti menjadi kekuatan yang terus menaikkan nama R'n'R.
SS - R'n'R, minta seringgit... mau pomoli gula tuntung!
huiyaaa..... sy minat sama ini kumpulan.....
BalasPadam